Emergency: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Contact Us
EN | BM

News » Dua sindiket penipuan didalangi Awang Hitam tumpas

Dua sindiket penipuan didalangi Awang Hitam tumpas

September 5, 2013, Kosmo  

Dua sindiket penipuan didalangi Awang Hitam tumpas

KUALA LUMPUR - Seramai lapan lelaki Afrika diberkas selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan internet dengan menggodam e-mel syarikat melibatkan kerugian RM2.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, suspek diberkas selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat dua ahli perniagaan dari Libya yang mendakwa telah ditipu.

“Sindiket menyasarkan e-mel syarikat pembekal dan penghantar dengan menyamar sebagai wakil ketika menuntut pembayaran barang yang dipesan pelanggan. Sindiket mengarahkan wang dimasukkan ke dalam nombor akaun suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas wakil yang sebenar mendakwa masih belum menerima wang. Kesemua suspek yang menggunakan visa pelajar berusia 20-an ditahan di sekitar Damansara dan Petaling Jaya semalam (kelmarin),” katanya.


More news