Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Bagaimana untuk Mengenal Pasti yang Disyaki

Bagaimana untuk mengenal pasti penipuan?

Mana-mana tingkah laku yang berikut perlu meningkatkan kebimbangan bahawa orang yang sedang berinteraksi dengan anda ialah penipu:

Mengenali Penipu Dalam Love Scam

  1. Menyamar dengan gambar-gambar lelaki kacak dari USA atau Benua Eropah dalam laman sosial.
  2. Menyamar dengan gambar-gambar wanita yang seksi.
  3. Seorang duda yang baru bercerai dan ingin mencari pasangan hidup.
  4. Mempunyai darah kacukan, bapa berasal dari USA atau Eropah, manakala ibunya berasal dari Malaysia atau sebaliknya.
  5. Mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya seperti ahli perniagaan, doktor, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.
  6. Menyatakan bekas pelarian dari Negara Afrika dan mempunyai wang yang dibeberapa negara yang tidak dapat dikeluarkan.
  7. Akaun penjenayah dalam laman sosial adalah mencurigakan dan palsu dimana gambar-gambar peribadi terlalu kurang (3 atau 5 gambar sahaja).
  8. Mengambil masa yang lama untuk membalas mesej dalam email atau laman sosial yang lain.
  9. Cuba mengelak komunikasi menggunakan webcam computer.
  10. Panggilan manja dan romantik dalam masa yang singkat.
  11. Ada ayat-ayat cinta untuk memikat.
  12. Menjanjikan perkahwinan.
  13. Akan menghantar bungkusan yang berisi hadiah mewah.
  14. Akan datang ke Malaysia untuk jumpa mangsa dan keluarga.
  15. Menggunakan akaun pihak ketiga (milik warga tempatan).
  16. Mangsa dikehendaki membayar bungkusan yang dihantar.
  17. Meminta wang walaupun tidak pernah bertemu dengan mangsa.