Bahagian Inspektorat bertanggungjawab untuk melaporkan dan memeriksa dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil untuk memastikan bahawa jabatan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Bahagian ini bertanggungjawab untuk aspek pengumpulan perisikan dan analisis corak jenayah komersil untuk meningkatkan keberkesanan penyiasatan yang dijalankan oleh JSJK.
Penjenayah tidak dihalang oleh sempadan negara. Bahagian Kerjasama Antarabangsa bertanggungjawab untuk mewujudkan komunikasi dan kerjasama dengan pihak polis lain-lain negara di seluruh dunia.
Bahagian ini mengetuai semua siasatan mengenai kes-kes jenayah komersil yang dibuka dan bertanggungjawab untuk mengumpul segala bukti untuk menjayakan sabitan.
Bahagian Undang-Undang & Nasihat berfungsi untuk menyediakan khidmat nasihat dalam semua aspek undang-undang kerja kepada ahli-ahli Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Bahagian ini mendorong strategi operasi untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan menyediakan sokongan teknikal kepada ahli-ahli dalam bahagian ini.
Bahagian Sekretariat adalah pejabat pentadbiran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.