Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan Bungkusan

Jenayah Komersil » Penipuan Bungkusan

Mangsa dalam kes-kes penipuan bungkusan pada lazimnya akan berkenalan dengan suspek melalui laman sosial. Suspek seterusnya akan meyakinkan mangsa bahawa dia telah jatuh cinta dengan mangsa dan seterusnya berhasrat mengirimkan bungkusan kepada mangsa sebagai tanda cinta. Setelah bungkusan tersebut dikirim, mangsa akan dihubungi oleh seseorang yang mendakwa sebagai pegawai kastam atau syarikat perkhidmatan penghantaran dan memaklumkan bungkusan yang dikirim kepada mangsa telah sampai. Mangsa kemudiannya diarahkan membayar cukai atau insuran kerana bungkusan tersebut dikesan mengandungi wang/barang berharga yang tidak diisytihar. Mangsa turut menerima panggilan daripada warga tempatan yang mengatakan wang pelepasan perlu dibayar ke dalam akaun tertentu yang lazimnya dimiliki warga tempatan. Mangsa hanya sedar ditipu apabila barang yang dijanjikan tidak diterima dan pihak sindiket berterusan meminta wang daripada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan yang berbeza.