Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan Cinta

Jenayah Komersil » Penipuan Cinta

Modus operandi yang digunakan di dalam penipuan jenis ini tidak banyak perbezaan dengan penipuan bungkusan. Mangsa biasanya akan berkenalan melalui internet dan kemudiannya bercinta. Lazimnya suspek akan mendakwa ingin ke Malaysia kerana ingin mengahwini mangsa namun apabila tiba di Malaysia, suspek/ahli sindiket akan menghubungi mangsa dan mendakwa suspek telah ditahan oleh pihak berkuasa atas beberapa kesalahan. Mangsa kemudiannya dikehendaki membayar sejumlah wang bagi membolehkan suspek dilepaskan.