Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan Antarabangsa

Jenayah Komersil » Penipuan Antarabangsa

African Scam

Penipuan komersil dan Internet adalah biasa dan sering dimulakan dari luar Malaysia. Terdapat juga sesetengah rantau yang lebih suka memilih jenis penipuan tertentu lebih daripada yang lain.

Sebagai contoh, sindiket dan warga Afrika didapati menggunakan Internet dengan kerap, terutamanya rangkaian sosial seperti Facebook, Tagged, Twitter dan lain-lain untuk mencari dan menipu mangsa mereka.

Satu lagi trend serantau yang telah diperhatikan memberitahu kita tentang sindiket Taiwan sering menggunakan teknik yang dipanggil 'ID tipu' untuk penipuan mereka. Mereka akan menyamar sebagai pegawai bank, menghubungi dan memberitahu mangsa mempunyai hutang kad kredit yang masih belum dijelaskan. Kadang kala, ahli sindiket akan menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram. Apa yang menarik, nombor yang muncul pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon sebenar bank atau polis. Siasatan mendapati bahawa ahli sindiket menggunakan 'ID tipu' yang membolehkan mereka untuk menentukan nombor yang akan dipaparkan pada telefon mangsa. Dalam kes sedemikian, mangsa yang terpedaya dengan panggilan dan seterusnya akan menurut segala arahan yang diberikan sehingga akhirnya mereka diarahkan untuk memindahkan wang milik mereka ke akaun sindiket.