Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan Insuran

Jenayah Komersil » Penipuan Insuran

Apakah penipuan insuran?

Kesalahan utama yang melibatkan penipuan adalah pemalsuan. Walau bagaimanapun JSJK juga menyiasat kesalahan di bawah pemalsuan dan pecah amanah. Penipuan insuran bermakna penipuan berlaku dalam industri insuran. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:

Bagaimanakah kaki tipu menipu mangsa mereka dalam penipuan insuran?

Untuk memahami bagaimana kaki tipu menipu mangsa mereka dalam penipuan insuran, kita perlu melihat kepada modus operandi (MO) yang terdapat di dalam kes-kes. Terdapat banyak M.O. dalam penipuan insuran.

Modus Operandi

Kecederaan Anggota Pihak Ketiga Tuntutan (Polisi Motor)

Kes yang paling kerap dilaporkan dalam penipuan insuran adalah Kecederaan Anggota Pihak Ketiga Tuntutan (polisi motor). Penipu biasanya menggunakan teknik yang amat mudah untuk menipu syarikat insuran. Mereka menggunakan dokumen palsu dimana ianya dicetak dan dipinda daripada salinan asal untuk menunjukkan bahawa sesuatu kemalangan telah berlaku. Akan tetapi pada masa kini, mereka sangat bijak. Mereka telah mencipta kemalangan yang sebenar, jadi penyiasat yang menjadi sakit kepala dan sukar untuk membuktikan.

Contoh kes 1: Kecederaan Anggota Pihak Ketiga Tuntutan (Polisi Motor)

Contoh Kes 2: Kecederaan Anggota Pihak Ketiga Tuntutan (Polisi Motor) (Tuntutan Simpati)

Contoh Kes 3: Tuntutan palsu Polisi Nyawa

Contoh Kes 4: Tuntutan perbelanjaan perubatan

Seorang ejen mengemukakan sejumlah tuntutan menyatakan bahawa pemegang polisi telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta. Beliau berpakat sulit dengan doktor yang menyediakan laporan perubatan. Laporan perubatan sebenarnya mengandungi maklumat palsu.

Contoh Kes 5: Nota perlindungan palsu

Contoh Kes 6: Sindiket

Bagaimana untuk mengelakkan masyarakat terjebak dalam penipuan? Apakah larangan-larangannya?

Masyarakat perlu membeli polisi insuran mereka daripada ejen insuran yang berdaftar atau membeli terus dari syarikat insuran untuk mengelakkan polisi atau nota perlindungan palsu. Syarikat insuran perlu membuat siasatan ke atas pendapatan pembeli polisi untuk mengelakkan sindiket mengambil peluang untuk merancang penipuan terhadap syarikat insuran. Syarikat insuran mestilah mempunyai sistem yang bagus dalam pemprosesan tuntutan terutama untuk merekodkan semua tindakan yang diambil oleh kakitangan atau ejen mereka, siapa yang mengambil tindakan dan bila ianya diambil, untuk memudahkan sebarang bahan bukti kepada polis jika penipuan berlaku.