Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan Wasiat

Jenayah Komersil » Penipuan Wasiat

Suspek akan memaklumkan bahawa mangsa telah dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia. Harta tersebut biasanya berada di luar negara. Beberapa dokumen sokongan dari jabatan kerajaan tertentu, Kementerian Kehakiman, Mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk menyakinkan mangsa. Mangsa samada rakyat Malaysia sendiri atau luar negara yang kononnya datuk/moyang mereka pernah satu ketika dulu berada di Malaysia dan merupakan hartawan yang tidak mempunyai waris ketika kematiannya. Dalam kes seumpama ini, suspek akan mengenakan bayaran untuk menguruskan pemindahan wang tersebut kepada mangsa. Namun hakikatnya harta yang didakwa tidak wujud.