Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan e-Banking

Jenayah Komersil » Penipuan e-Banking

Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pelanggan kerana mendedahkan kata laluan kepada pihak ketiga. Dalam kebanyakan kes, mangsa menerima SMS kononnya mangsa telah memenangi hadiah wang tunai. Bagi menuntut hadiah, mangsa diarah membuka akaun perbankan internet dan seterusnya mengikut arahan yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali termasuklah mendedahkan kata laluan serta menjadikan telefon bimbit sindiket sebagai medium untuk menerima SMS kod pengesahan bank. Kaedah lain yang sering digunakan adalah phishing – memperdayakan mangsa untuk mendedahkan maklumat akaun bank atau kad kredit dengan menghantar email palsu seolah-olah dihantar oleh pihak yang sah seperti institusi perbankan yang meminta mangsa mendedahkan maklumat peribadi, atau mengalih mangsa ke laman web palsu yang menyerupai laman web sah.