Kecemasan: +603-20319999 | +603-22663333 | e-Aduan Hubungi Kami
EN | BM

Penipuan Kad Kredit

Jenayah Komersil » Penipuan Kad Kredit

Masyarakat moden meningkat naik berubah menjadi 'masyarakat tanpa tunai'. Masyarakat di seluruh dunia menggunakan kad pembayaran plastik secara meluas. Mereka menjadikan ianya sebagai sebahagian daripada cara urus niaga harian dalam pasaran kewangan. Malangnya, penipu kad kredit juga telah menembusi hal ini secara meluas. Oleh kerana Malaysia membangun dengan cepat dalam kewangan utama dan pusat pelancongan, ia menjadi semakin mudah untuk terdedah kepada penipuan kad kredit. Pada tahun 2004, terdapat kira-kira 6.2 juta pengedaran kad kredit di Malaysia dan 204 kes telah dilaporkan berbanding 244 kes pada 2003. Terdapat peningkatan dari segi kerugian kewangan yang telah dilaporkan sejumlah RM721,704.58 pada tahun 2003 kepada kira-kira RM 4,799,021.51. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri perbankan di Malaysia telah mengalami kerugian besar dalam penipuan kad kredit kerana peranti ‘wiretapping’. Penipu juga mengubah suai perakam suara digital atau pemain MP3 untuk memanfaatkan talian telefon. Berkenaan dengan aktiviti skimming ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk memaksa institusi kewangan untuk mengeluarkan kad cip ‘Europay, Master, Visa’ (EMV) dan menyulitkan semua data kad kredit. Kebanyakan bank telah mula memberikan kad cip EMV pada pertengahan 2004 dan juga hal penyulitan dan semua bank telah mematuhi arahan ini. Menjelang akhir tahun 2005, semua kad kredit yang dikeluarkan oleh bank telah mematuhi EMV cip. Dengan perlaksanaanya, ia telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan dan mengurangkan urus niaga penipuan kad kredit di Malaysia sebanyak 93% bagi tahun 2005 berbanding tahun 2004. Selain itu, JSJK juga meramalkan beberapa penipu kad kredit di Malaysia akan berhijrah ke negara-negara jiran untuk menjalankan aktiviti haram mereka. Oleh itu, ia adalah amat penting bahawa agensi-agensi penguatkuasaan serantau dan agensi polis Asia Pasifik perlu meningkatkan hubungan rapat yang sedia ada dan memberikan bantuan bersama dalam memerangi jenayah.

Modus Operandi

Fraudulent applications

Membuat permohonan kad kredit dengan memalsukan kad pengenalan, slip gaji dan surat pengesahan majikan. Sindiket akan menjadikan rumah kosong yang tidak berpenghuni sebagai alamat penghantaran pos.

Account takeover/Identity theft

Ini adalah satu kegiatan M.O dimana kami percaya orang dalam terlibat dan disyaki memberi segala maklumat pemegang akaun sindiket. Kemudian sindiket akan menghubungi ‘Card Centre’ memperkenalkan diri sebagai tuan punya kad dan membuat laporan tentang kehilangan kad. Sindiket akan membuat permohonan tukar alamat dan setelah mendapat kelulusan, bank akan menggantikan kad yang dilaporkan hilang tersebut tanpa pengetahuan pemegang kad asal. Kad yang baru akan diposkan ke alamat sindiket.

Non-received issue (NRI) fraud

Satu kejadian di mana penghantaran kad kredit yag dipohon oleh pelanggan dicuri atau dipintas. Pekerja pos adalah berkemungkinan besar terlibat. Kad asal kemudiannya jatuh ke tangan sindiket, yang memaksimumkan pembelian pada kad kredit. Pengeluaran wang tunai akan berlaku jika terdapat PIN ATM pada kad kredit asal untuk pengeluaran tunai.

Nasihat