Be Smart adalah kempen pencegahan jenayah siber yang dimulakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia. Universiti Limkokwing akan membantu JSJK dalam menyediakan bahan-bahan seperti klip video, poster dan juga memberi nasihat mengenai pelaksanaan strategi kempen melalui kontrak lima tahun.
Pelajar-pelajar Limkokwing University mengambil bahagian dalam kempen pencegahan jenayah siber dengan menunjukkan kreativiti mereka.
Pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial oleh YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.