Menjadi Jabatan Penyiasatan Yang Utama, Efisien Dan Komited Dalam Memerangi Jenayah Komersil.
Komited Dalam Menjalankan Siasatan Secara Profesional Untuk Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Dan Terus Kekal Relevan.
Siasatan Berintegriti Matlamat Kami.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2004. Ianya sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.
JSJK diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Pesuruhjaya Polis (PP) dan dibantu oleh dua Timbalan yang berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis sebagai Timbalan Pengarah 1 dan Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKP) sebagai Timbalan Pengarah 2.
Pada 28 Ogos 2013, Polis Diraja Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Limkokwing University of Creative Technology (LUCT). MoU ini meliputi kempen lima tahun bagi Limkokwing untuk membekalkan kandungan kepada pihak polis yang akan mendidik orang ramai mengenai jenayah siber, seperti poster, video, laman web dan animasi.
MoU itu telah ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Persekutuan, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, dan Naib Presiden Kanan LUCT, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.